Sejarah Iman

PENGENALAN ISLAMIC IMAN
  • Pusat Tuisyen Islamic Iman (PTII) ditubuhkan pada Jun 2012 dengan nama berdaftar Pusat Tusyen Iman. Kami menawarkan khidmat mengajar khusus untuk pelajar sekolah rendah bermula darjah 3 sehingga darjah 6. Pengerusi pusat tuisyen ini ialah Cikgu Zamaniah Binti Alang Abdul Karim yang mempunyai pengalaman menjadi guru selama 35 tahun.

  • Dengan izin Allah, ketujuh-tujuh anak lelaki Cikgu Zamaniah telah memperoleh keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR, seterusnya berjaya ke peringkat profesional. Menurut beliau, penekanan terhadap pelajaran sejak kecil merupakan faktor terpenting di dalam melahirkan ummah rabbani.

  • Berbekalkan pengalaman, beliau ingin berkongsi ''RAHSIA KEJAYAAN" kepada masyarakat Islam. Betapa umat Islam kini jauh ketinggalan kerana ajaran Islam itu sendiri diasingkan dari pelajaran. Kami di sini merupakan guru-guru yang bertauliah menanti-nanti para pelajar yang mempunyai minat untuk berjaya. 

No comments:

Post a Comment