Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah..
InsyaAllah pada post kali ini, kami ingin mengajak adik-adik Islamic Iman mengenal siapa itu Nabi Muhammad S.A.W. Nama seseorang yang sangat dikasihi Allah S.W.T sehinggakan baginda digelar kekasih Allah. Bak kata pepatah, "TAK KENAL MAKA TAK CINTA" jadi, jom kita kenal sekarang.
BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W:
Nama: Muhammad bin ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ‘ abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘ Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Tarikh Kewafatan: Hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H / 8 JUN 632m
Tempat Wafat: Madinah Al - Munawwarah
Usia: 63 tahun
Bentuk Fizikal: Baginda Digambarkan sebagai seorang yang tegap, Ketinggian sederhana, Tidak Terlalu Tinggi Tidak Terlalu Rendah. Baginda Berkulit Putih Kemerah merahan. Wajahnya Tampan, Rambut Nabi S.A.W Tidak Terlalu Kerinting Tidak Terlalu Lurus, Rambutnya Ikal dan Mencecah Bahu. Kata-kata Baginda Lembut tetapi Bernada Tegas.Baginda Memiliki bola mata yang Hitam Pekat,Bulu Mata Yang Lentik serta Bahu Yang Lebar, Ketika Berjalan, Baginda Seakan - akan Berjalan Menuruni Tanah Yang Lanai. Ketika Menoleh,Baginda Menoleh(berbalik) Dengan Seluruh Badan. Diantara kedua Bahu Baginda Terdapat Tanda Kenabian.
Sukan: Menunggang Kuda, Memanah Dan Berenang.
Nabi Muhammad merupakan Rasul dan Nabi yang terakhir. Kita semua yang masih hidup ini merupakan ummat Nabi Muhammad yang mana kita sebenarnya diberi banyak kelebihan dari umat yang terdahulu. Sebagai contoh, siapa yang rajin berselawat ke atas Nabi, insyaAllah akan diberi syafaat Nabi di akhirat kelak.
Nabi Muhammad juga dikenali sebagai Rasulullah (Rasul Allah). Baginda merupakan tauladan sepanjang zaman. Baginda juga terkenal dengan keperibadian yang terpuji. Banyak kisah yang boleh kita jadikan pedoman dalam kehidupan. Akhlak Baginda yang sungguh menawan, pertuturan Baginda yang boleh mencairkan hati sesiapa yang mendengarnya. Tahukah adik2? Walaupun Baginda tidak pernah berjumpa kita, tetapi Baginda sangat2 SAYANG akan kita semua. Semuanya atas nama Islam, ukhwah fillah yang dibawa oleh Nabi Muhammad wajib kita semai dalam hati. Sayang pada kebaikan dan benci kepada kemungkaran.
Inilah sedikit sebanyak yang boleh kami ceritakan, sebenarnya banyak lagi. InsyaAllah cikgu-cikgu Islamic Iman akan ceritakan dengan lebih lanjut dalam kelas nanti ok :).
Islamic Iman Centre
Berkhidmat Untuk Allah.
No comments:
Post a Comment