Monday, 10 June 2013

Hormati jiran sekelilingmu.


Assalamualaikum semua..
Pernahkah anda mendapat jiran yang sering kali menyakiti hatimu?
Mungkin bukan secara fizikal tetapi cukup dengan perbuatannya membuat hati anda berasa tidak senang.

3 perkara yang secara lazim terjadi sebagai contoh:
1) Jiran membuat bising ketika anda sedang belajar/solat.
2) Jiran mengambil tempat parking kereta anda.
3) Jiran mengumpat/ menfitnah anda.

Di sini ingin kami ingatkan kesabaran dan kasih sayang dalam masyarakat adalah sangat PENTING.
Cara hidup bermasyarakat dan menghormati jiran telah Islam ajar sejak dahulu lagi.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. (Surah An-Nisa 4-36)


Pada masa kini, kita lupa bahawa menjadi tanggungjawab kita untuk memuliakan dan menghormati jiran kita. Demi kepuasan diri, kita sanggup melakukan perkara yang menyakiti jiran. Adakah Allah redha dengan jiran yang bersikap sebegini? Nilai-nilai murni telah kita campak ke tepi seolah-olah kita tidak akan disoal oleh Allah di akhirat sana. 


Sabda Nabi saw yang bermaksud:
Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasullullah bersabda: ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia diam sahaja. Dan barangsiapa yang  beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia menghormati jirannya, dan barangsiapa  beriman kepada Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah ia memuliakan tetamunya”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan MUslim.

Hadis di atas menunjukkan bahawa orang yang BERIMAN itu salah satunya adalah orang yang menghormati jirannya. Ketika jiran sedang belajar/ mungkin juga sedang tidur pada lewat malam, adakah wajar tanpa segan silu kita membuat bising tanpa mengendahkan keadaan jiran kita? Hormatilah sesama kita, semoga Allah merahmatimu.

Hidup itu adalah kerjasama, tanpanya kehidupan didunia ini tidak akan bermakna. Kita semua saling memerlukan antara satu sama lain dan mereka yang paling hampir selepas keluarga adalah jiran. Hormatilah jiran sebegaimana kita menghormati keluarga kita sendiri dan juga sebagaimana kita mahu diri kita dihormati. Apa yang kita lakukan kepada insan lain adalah untuk diri kita sendiri dan itulah janji Allah SWT.
(Surah Al-Isra 17:7).

Sekian. Iman Tuition Centre.

No comments:

Post a Comment