Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji bagi Allah..
InsyaAllah pada post kali ini, kami ingin mengajak adik-adik Islamic Iman mengenal siapa itu Nabi Muhammad S.A.W. Nama seseorang yang sangat dikasihi Allah S.W.T sehinggakan baginda digelar kekasih Allah. Bak kata pepatah, "TAK KENAL MAKA TAK CINTA" jadi, jom kita kenal sekarang.
BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W:
Nama: Muhammad bin ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ‘ abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘ Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Tarikh Kewafatan: Hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H / 8 JUN 632m
Tempat Wafat: Madinah Al - Munawwarah
Usia: 63 tahun
Bentuk Fizikal: Baginda Digambarkan sebagai seorang yang tegap, Ketinggian sederhana, Tidak Terlalu Tinggi Tidak Terlalu Rendah. Baginda Berkulit Putih Kemerah merahan. Wajahnya Tampan, Rambut Nabi S.A.W Tidak Terlalu Kerinting Tidak Terlalu Lurus, Rambutnya Ikal dan Mencecah Bahu. Kata-kata Baginda Lembut tetapi Bernada Tegas.Baginda Memiliki bola mata yang Hitam Pekat,Bulu Mata Yang Lentik serta Bahu Yang Lebar, Ketika Berjalan, Baginda Seakan - akan Berjalan Menuruni Tanah Yang Lanai. Ketika Menoleh,Baginda Menoleh(berbalik) Dengan Seluruh Badan. Diantara kedua Bahu Baginda Terdapat Tanda Kenabian.
Sukan: Menunggang Kuda, Memanah Dan Berenang.
Nabi Muhammad merupakan Rasul dan Nabi yang terakhir. Kita semua yang masih hidup ini merupakan ummat Nabi Muhammad yang mana kita sebenarnya diberi banyak kelebihan dari umat yang terdahulu. Sebagai contoh, siapa yang rajin berselawat ke atas Nabi, insyaAllah akan diberi syafaat Nabi di akhirat kelak.
Nabi Muhammad juga dikenali sebagai Rasulullah (Rasul Allah). Baginda merupakan tauladan sepanjang zaman. Baginda juga terkenal dengan keperibadian yang terpuji. Banyak kisah yang boleh kita jadikan pedoman dalam kehidupan. Akhlak Baginda yang sungguh menawan, pertuturan Baginda yang boleh mencairkan hati sesiapa yang mendengarnya. Tahukah adik2? Walaupun Baginda tidak pernah berjumpa kita, tetapi Baginda sangat2 SAYANG akan kita semua. Semuanya atas nama Islam, ukhwah fillah yang dibawa oleh Nabi Muhammad wajib kita semai dalam hati. Sayang pada kebaikan dan benci kepada kemungkaran.
Inilah sedikit sebanyak yang boleh kami ceritakan, sebenarnya banyak lagi. InsyaAllah cikgu-cikgu Islamic Iman akan ceritakan dengan lebih lanjut dalam kelas nanti ok :).
Islamic Iman Centre
Berkhidmat Untuk Allah.
Pusat Tuisyen Islamic Iman
Wednesday, 12 June 2013
Tuesday, 11 June 2013
Salam Sya'ban 1434H
Salam saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah kita sudah di memasuki fasa-fasa dalam bulan Sya'ban 1434H, bulan di mana catitan amal kita ditutup & diserahkan kepada Allah S.W.T. & digantikan dengan yang baru. Kami dari pihak Pusat Tuisyen Islamic Iman memohon maaf jika ada salah silap dan mohon dimaafkan segala kekurangan kami selama dalam tugasan kami sebagai pendidik.
Semoga kita semua dipertemukan dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh barokah dan banyak keistimewaan dalam bulan tersebut. Semua adik-adik Islamic Iman terus berusaha menuntut ilmu. Demi Islam, kami akan berusaha sedaya upaya mencurahkan ilmu dan pengalaman yang berguna. Semoga Allah merahmati kita semua.

Berkhidmat untuk Allah.
Monday, 10 June 2013
Hormati jiran sekelilingmu.
Assalamualaikum semua..
Pernahkah anda mendapat jiran yang sering kali menyakiti hatimu?
Mungkin bukan secara fizikal tetapi cukup dengan perbuatannya membuat hati anda berasa tidak senang.
3 perkara yang secara lazim terjadi sebagai contoh:
1) Jiran membuat bising ketika anda sedang belajar/solat.
2) Jiran mengambil tempat parking kereta anda.
3) Jiran mengumpat/ menfitnah anda.
Di sini ingin kami ingatkan kesabaran dan kasih sayang dalam masyarakat adalah sangat PENTING.
Cara hidup bermasyarakat dan menghormati jiran telah Islam ajar sejak dahulu lagi.
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. (Surah An-Nisa 4-36)
Pada masa kini, kita lupa bahawa menjadi tanggungjawab kita untuk memuliakan dan menghormati jiran kita. Demi kepuasan diri, kita sanggup melakukan perkara yang menyakiti jiran. Adakah Allah redha dengan jiran yang bersikap sebegini? Nilai-nilai murni telah kita campak ke tepi seolah-olah kita tidak akan disoal oleh Allah di akhirat sana.
![]() |
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasullullah bersabda: ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia diam sahaja. Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia menghormati jirannya, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah ia memuliakan tetamunya”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan MUslim.
Hadis di atas menunjukkan bahawa orang yang BERIMAN itu salah satunya adalah orang yang menghormati jirannya. Ketika jiran sedang belajar/ mungkin juga sedang tidur pada lewat malam, adakah wajar tanpa segan silu kita membuat bising tanpa mengendahkan keadaan jiran kita? Hormatilah sesama kita, semoga Allah merahmatimu.
Hidup itu adalah kerjasama, tanpanya kehidupan didunia ini tidak akan bermakna. Kita semua saling memerlukan antara satu sama lain dan mereka yang paling hampir selepas keluarga adalah jiran. Hormatilah jiran sebegaimana kita menghormati keluarga kita sendiri dan juga sebagaimana kita mahu diri kita dihormati. Apa yang kita lakukan kepada insan lain adalah untuk diri kita sendiri dan itulah janji Allah SWT.
(Surah Al-Isra 17:7).
Sekian. Iman Tuition Centre.
Friday, 7 June 2013
Kata Aluan Pengetua
Assalamualaikum.
Dimaklumkan bahawa Pusat Tuisyen Islamic Iman secara rasminya telah ditubuhkan pada Jun 2012 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Bersyukur ke hadrat Allah yang mengizinkan Pusat Tuisyen Islam ini dibuka.
2. Pusat tuisyen ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah sahaja. Hal ini menjadikan kami sebagai destinasi pilihan kerana mempunyai pengkhususan dalam bidang pengajaran sekolah rendah. Peperiksaan UPSR sudah menjadi tajuk "POPULAR" dikalangan ibu bapa dan pelajar di Malaysia. Ia menjadi tanda aras tahap kefahaman pelajar terhadap pelajaran mereka. Konsep Islam itulah yang sebenar-benar menjadikan pelajar itu mulia disisi Allah Taala.
3. Dengan sokongan pelbagai pihak, usaha yang bersungguh-sungguh menghasilkan kesan yang positif kepada masyarakat. Pihak kami mengambil inisiatif untuk membantu para pelajar Islam khususnya, supaya mereka mara ke hadapan dengan penuh yakin dan bersemangat.
4. Pusat tuisyen ini berada di Taman Samudera, berdekatan Giant Batu Caves dan Gombak. Sekiranya pihak tuan / puan berminat sila hubungi guru bertugas 017-4141877 .
Sekian, terima kasih di atas sokongan yang diberikan.
Yang Benar,
PUSAT TUISYEN ISLAMIC IMAN
……………………………………………
(ZAMANIAH A.A.KARIM)
PENGETUA

Subscribe to:
Posts (Atom)